Sesi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ashrul Syarif Tirmizi ini bukan sahaja memberi penerangan tentang ibadah umrah secara teori, tetapi juga menyentuh aspek persiapan mental dan rohani sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Dengan penyampaian yang santai dan penuh hikmah, Ustaz Ashrul berkongsi langkah-langkah umrah, doa-doa penting, serta kisah-kisah inspirasi yang menyentuh hati. Jemaah yang hadir turut mengambil peluang bertanya soalan dan mendapatkan nasihat bagi memastikan mereka benar-benar bersedia untuk perjalanan ibadah ini.
Selain kursus, majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan luggage kepada jemaah yang bakal berangkat bersama Mikraaj Travel pada bulan Februari dan April. Suasana penuh teruja dan syukur jelas terpancar di wajah para jemaah yang semakin menghampiri detik penting dalam hidup mereka.
Kehangatan ukhuwah yang terjalin dalam majlis ini membuktikan bahawa perjalanan umrah bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga satu persediaan jiwa yang memerlukan bimbingan dan sokongan. Semoga ilmu yang diperoleh dan persiapan yang dilakukan membawa keberkatan serta kelancaran dalam ibadah umrah mereka kelak.